Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the wordpress-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/stson9.com/wp-includes/functions.php on line 6114
STSOn9 - STSOn9

PROGRAM

#STSOn9

Program Simplified Trading Signal (STS)  merupakan program pembelajaran kos pendek yang dianjurkan oleh Akademi JL secara jarak jauh untuk pelajar yang ingin mempelajari ilmu teknikal analisis secara atas talian (online). Program ini berlangsung selama 3 bulan dan dikawalselia oleh  admin dari AJL. Segala video pembelajaran adalah direkod dan boleh ditonton secara online melalui link yang diedarkan kepada pelajar. Terdapat 24 silibus yang akan diedarkan bagi setiap minggu sehingga tamat tempoh program. Pelajar juga akan diberikan tugasan (assignment) setiap minggu sekali bagi melatih ilmu teknikal analisis yang dipelajari.

Kenapa Anda Perlukan STSOn9?

Kami sedia membantu anda yang masih lagi tercari-cari cara untuk trade secara long term dalam mana-mana pasaran sama ada Currency, Commodity, Index, Stock Market, atau Futures. Mungkin selama ini anda rasa susah untuk selalu menghadap pasaran setiap hari dan memikirkan apakah ada cara lain untuk anda trade tanpa perlu bergantung kepada melihat pasaran setiap waktu.

“Jangan jadikan medan trading ini sebagai tempat perjudian anda. Pastikan anda tahu hala tuju pasaran, jangan pakai hentam sahaja!”

Ir Sofian

Director AJL (M) SDN BHD

Sebelum Ini Anda Mempunyai Masalah Di Bawah Ini?

Tak Ada Masa Nak Tengok Chart

Ramai yang nak menceburkan diri dalam bidang trading tetapi takut kerana tidak mempunyai masa yang lapang untuk selalu menghadap chart pasaran. Sebenarnya, ada teknik dan cara tertentu untuk trade tanpa selalu melihat chart.

Tak Tahu Nak Entry Market

Ramai yang tidak tahu macam mana nak entry pasaran dan bila waktu sesuai untuk entry atau masuk posisi sehingga mneyebabkan mereka tersalah entry dan mengalami kerugian.

Tak Tahu Nak Letak Stop Loss

Ada juga trader yang tidak meletakkan Stop Loss kerana takut mengalami kerugian dan berharapkan pasaran mengikut target mereka. Mereka tidak tahu bagaimana nak letakkan SL yang betul.

Tak Yakin Dengan Analisis Sendiri

Ramai trader tidak yakin dengan analisis mereka sendiri dan sering keluar dari pasaran dalam keadaan kerugian sedangkan selepas itu pasaran memang bergerak melalui Take Pofit yang diletakkan.

Tak Tahu Strategi Trading

Ramai trader yang trade tanpa ilmu yang secukupnya. Mereka tidak tahu strategi trading bagaimanakah yang sesuai digunakan untuk menganalisis keadaan pasaran.

Tak Ada Masa Nak Datang Kelas

Ramai trader yang sebenarnya tidak berkesempatan untuk menghadiri kelas trading bagi mempelajari cara dan teknik strategi untuk trading oleh sebab kekangan waktu dan jarak tempat pembelajaran.

Trademark STSOn9

Simbol ‘Traffic Light’ merupakan trademark program STSO sejak dari dulu lagi sebab dari ilmu STSOn9 inilah anda akan pelajari signal-signal untuk entry dalam pasaran. Best kan? Dari sini anda boleh tahu bila waktu anda harus berhenti (tunggu confirmation signal) untuk tunggu signal nak jalan (ada signal entry).

Oleh sebab itu kami menjadikan ‘traffic light’ sebagai simbol untuk ilmu STS kami ini. Semoga pemahaman anda dalam ilmu STS akan membantu anda menjumpai di manakah ‘traffic light’ yang wujud untuk anda trade di dalam pasaran.

Apa Yang Anda Bakal Dapat?

Minimumkan Risiko Kerugian

Trading memang merupakan salah satu pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi. Namun dengan ilmu yang anda pelajari dari STSOn9 ini akan akan mampu meminimumkan risiko kerugian sambil mengaut keuntungan dengan senang hati.

Strategi Trading Berkesan

Strategi trading yang diajarkan adalah antara strategi terbaik kerana mempunyai peratusan ketepatan analisa yang tinggi berbanding strategi lain yang ada di luar sana. Malah, itu juga strategi yang digunapakai oleh Ir Sofian di dalam setiap analisis yang dilakukan. 

Maklum Balas Dari Ir Sofian

Setiap tugasan yang dihantar akan ditanda oleh Ir Sofian. Secara tidak langsung anda dapat maklum balas serta komen dari guru anda tentang di mana kelemahan anda yang anda perlu perbaiki.

Group Support STS Trader

Anda akan dimasukkan ke dalam satu group support STS Trader dalam channel Whatsapp. Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan boleh ditanyakan dalam group tersebut kerana ramai alumni STS yang akan membantu menyelesaikan persoalan anda.

Patuhi Rules Yang Ditetapkan

Peraturan yang ditetapkan dalam trading ini adalah sebagai salah satu panduan untuk anda menjadi trader yang berkualiti berbanding trader-trader yang wujud di luar sana. Ia membentuk anda supaya tidak tersasar dari landasan sebenar. Bukan hidup je tau kena ada panduan.

Tugasan Setiap 2 Minggu

Anda akan menerima satu tugasan setiap 2 minggu silibus diedarkan. Melalui tugasan ini, anda dapat menilai dan memperbaiki kelemahan anda dalam menggunakan teknik strategi yang diajarkan dalam STSOn9 ini.

AJL (M) Sdn Bhd (1173052-U)

AJL adalah syarikat berbentuk akademi yang memberikan informasi dan mengajarkan tentang ilmu pelaburan di dalam bidang trading. Ilmu pelaburan dalam bidang trading ini membolehkan pelabur membuat tindakan yang betul ketika hendak membuat keputusan di dalam trading. 

Website ini dimiliki dan dioperasi oleh AJL (M) Sdn Bhd. Copyright 2024. All rights reserved.