PROGRAM

#STSOn9

Program Simplified Trading Signal (STS)  merupakan program pembelajaran kos pendek yang dianjurkan oleh Akademi JL secara jarak jauh untuk pelajar yang ingin mempelajari ilmu teknikal analisis secara atas talian (online). Program ini berlangsung selama 3 bulan dan dikawalselia oleh  admin dari AJL. Segala video pembelajaran adalah direkod dan boleh ditonton secara online melalui link yang diedarkan kepada pelajar. Terdapat 24 silibus yang akan diedarkan bagi setiap minggu sehingga tamat tempoh program. Pelajar juga akan diberikan tugasan (assignment) setiap minggu sekali bagi melatih ilmu teknikal analisis yang dipelajari. 

School of Investment

About Us

AJL (M) Sdn Bhd merupakan akademi yang mengajarkan kepada pelajar tentang ilmu pelaburan di dalam trading. 

STSOn9 merupakan salah satu program yang dikendalikan oleh AJL bagi memberi pendedahan kepada trader di luar sana tentang ilmu teknikal analisis yang boleh digunakan untuk menganalisis pasaran. 

Kami menggunakan platform pembelajaran secara online adalah bagi tujuan membuka ruang kepada pelajar yang jauh dan tidak mempunyai masa untuk hadir ke program berbentuk kelas.

Guru yang mengajarkan ilmu teknikal analisis di dalam program STS ini adalah seorang trader yang berpengalaman dalam dunia trading serta merupakan salah seorang ahli teknikal analisis Malaysia, iaitu Ir Mohd Sofian atau lebih dikenali sebagai Ir Sofian. 

Our Vision

Visi AJL adalah untuk membantu lebih ramai orang di luar sana menjana pendapatan melalui pelaburan di dalam trading. 

 

Our Mission

Misi AJL adalah untuk membantu ramai orang keluar dari masalah kewangan dengan belajar ilmu trading. 

 

AJL (M) Sdn Bhd (1173052-U)

AJL adalah syarikat berbentuk akademi yang memberikan informasi dan mengajarkan tentang ilmu pelaburan di dalam bidang trading. Ilmu pelaburan dalam bidang trading ini membolehkan pelabur membuat tindakan yang betul ketika hendak membuat keputusan di dalam trading. 

Website ini dimiliki dan dioperasi oleh AJL (M) Sdn Bhd. Copyright 2024. All rights reserved.