PROGRAM
#STSOn9
Program Simplified Trading Signal (STS) merupakan program pembelajaran kos pendek yang dianjurkan oleh Akademi JL secara jarak jauh untuk pelajar yang ingin mempelajari ilmu teknikal analisis secara atas talian (online). Program ini berlangsung selama 3 bulan dan dikawalselia oleh admin dari AJL. Segala video pembelajaran adalah direkod dan boleh ditonton secara online melalui link yang diedarkan kepada pelajar. Terdapat 24 silibus yang akan diedarkan bagi setiap minggu sehingga tamat tempoh program. Pelajar juga akan diberikan tugasan (assignment) setiap minggu sekali bagi melatih ilmu teknikal analisis yang dipelajari.
Frequently Ask Questions (FAQ)
1. Apa itu program STS?
Program STS adalah singkatan bagi Simplified Trading Signal.
2. Apa beza STS dan STSOn9?
STS adalah ilmu yang akan dipelajari. STSOn9 pula adalah platform pembelajaran yang digunakan secara online. Oleh sebab dahulu pembelajaran STS adalah berbentuk kelas, kini ia sudah bertukar dalam bentuk online sahaja.
3. Apakah silibusnya susah untuk dipelajari?
Tidak begitu susah. Jika anda sering mengulangkaji dan membuat latihan, sudah tentu anda akan mudah untuk memahami ilmu yang diajarkan oleh kerana silibusnya lebih kepada bab teknikal.
4. Adakah kos STSOn9 ini hanya diadakan secara online?
Ya. Jika sebelum ini kami ada buat secara kelas, kini anda sudah boleh pelajarinya secara online. Akan tetapi, ada satu masa kami akan adakan kelas Recharge untuk anda review pemahaman and tentang ilmu yang anda pelajari.
5. Bagaimana jika ada persoalan yang tidak difahami?
Tidak perlu khuatir kerana kami menyediakan Group Support di dalam ruangan Whatsapp. And boleh bertanyakan soalan di dalam group tersebut. Ramai alumni dari STS yang akan bantu menjawab pertanyaan anda.
6. Perlukah setiap tugasan dihantar kepada AJL?
Ya. Perlu. Jika anda inginkan kepastian sejauh mana kefahaman anda tentang ilmu STS yang anda telah pelajari, anda harus menghantar tugasan yang diberikan supaya kami dapat menyemak sama ada betul atau salah pemahaman anda itu.
7. Jika program dah berjalan, masih boleh lah AJL menerima kemasukan pelajar?
Anda masih boleh mendaftar bagi sesi yang sama dalam tempoh 14 hari kos berjalan. Jika melebihi 14 hari dari tarikh kos bermula, anda boleh daftar untuk kemasukan sesi yang seterusnya.
AJL (M) Sdn Bhd (1173052-U)
AJL adalah syarikat berbentuk akademi yang memberikan informasi dan mengajarkan tentang ilmu pelaburan di dalam bidang trading. Ilmu pelaburan dalam bidang trading ini membolehkan pelabur membuat tindakan yang betul ketika hendak membuat keputusan di dalam trading.
Website ini dimiliki dan dioperasi oleh AJL (M) Sdn Bhd. Copyright 2024. All rights reserved.