PROGRAM
#STSOn9
Program Simplified Trading Signal (STS) merupakan program pembelajaran kos pendek yang dianjurkan oleh Akademi JL secara jarak jauh untuk pelajar yang ingin mempelajari ilmu teknikal analisis secara atas talian (online). Program ini berlangsung selama 3 bulan dan dikawalselia oleh admin dari AJL. Segala video pembelajaran adalah direkod dan boleh ditonton secara online melalui link yang diedarkan kepada pelajar. Terdapat 24 silibus yang akan diedarkan bagi setiap minggu sehingga tamat tempoh program. Pelajar juga akan diberikan tugasan (assignment) setiap minggu sekali bagi melatih ilmu teknikal analisis yang dipelajari.
Intake
Kos STSOn9 mempunyai 4 kali pengambilan seperti di bawah ini:
- Sesi Januari : 1 Jan – 31 Mac
- Sesi April : 1 April – 30 Jun
- Sesi Julai : 1 Julai – 30 Sept
- Sesi Oktober : 1 Okt – 31 Dis
Anda boleh daftar STSOn0 bagi sesi yang seterusnya jika terlepas mendaftar melebihi 14 hari dari tarikh bermulanya kos. Setiap sesi kos akan tamat selepas habis tempoh 3 bulan dan jika anda ingin akses sekali lagi kos STSOn9 ini, anda perlu mendaftar bagi sesi baharu.
AJL (M) Sdn Bhd (1173052-U)
AJL adalah syarikat berbentuk akademi yang memberikan informasi dan mengajarkan tentang ilmu pelaburan di dalam bidang trading. Ilmu pelaburan dalam bidang trading ini membolehkan pelabur membuat tindakan yang betul ketika hendak membuat keputusan di dalam trading.
Website ini dimiliki dan dioperasi oleh AJL (M) Sdn Bhd. Copyright 2024. All rights reserved.