PROGRAM

#STSOn9

Program Simplified Trading Signal (STS)  merupakan program pembelajaran kos pendek yang dianjurkan oleh Akademi JL secara jarak jauh untuk pelajar yang ingin mempelajari ilmu teknikal analisis secara atas talian (online). Program ini berlangsung selama 3 bulan dan dikawalselia oleh  admin dari AJL. Segala video pembelajaran adalah direkod dan boleh ditonton secara online melalui link yang diedarkan kepada pelajar. Terdapat 24 silibus yang akan diedarkan bagi setiap minggu sehingga tamat tempoh program. Pelajar juga akan diberikan tugasan (assignment) setiap minggu sekali bagi melatih ilmu teknikal analisis yang dipelajari. 

Syllabus

Silibus di dalam STSOn9 ada 24 kesemuanya merangkumi beberapa silibus untuk 1 minggu. Terdapat 15 Strategi Trading yang akan dipelajari oleh anda untuk mengenalpasti signal-signal terbaik semasa menganalisis pasaran. Terdapat tugasan yang perlu dibuat dan dihantar oleh pelajar melalui medium email untuk pihak AJL menyemak sejauh mana kefahaman pelajar tentang ilmu STS yang dipelajari.

Assignment

Setiap minggu, pelajar akan diberikan tugasan untuk melihat sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan ilmu STS dalam meganalisis pasaran. Terdapat 10 tugasan sepanjang tempoh kos STSOn9 berjalan dan 1 tugasan akhir (Final Assignment) di minggu terakhir kos ini. Setiap tugasan haruslah dibuat pada chart di dalam platform MT4 dengan menggunakan latar belakang bewarna putih bagi memudahkan Ir Sofian menanda di kertas tugasan anda. Tugasan yang dilakukan haruslah dihantar kepada AJL melalui email ajl.stson9@gmail.com dengan menyertakan nama serta tugasan minggu ke berapa.

Pelajar akan menerima semula email balas dari AJL selepas Ir Sofian menanda kertas tugasan masing-masing. Melalui email balas tersebut, pelajar dapat memahami di mana kelemahan yang perlu dibaiki lagi semasa kos STSOn9 berjalan. Sekiranya Ir Sofian memberikan arahan untuk membuat sekali lagi tugasan tersebut, pelajar harus menghantar semula tugasan dengan memperbaiki kelemahan yang dikomen.

 

Visual Audio

Setiap minggu pelajar akan dibekalkan dengan silibus yang mengandungi topik dari pelajaran STS yang berbentuk video. Video ini boleh ditonton oleh pelajar berulang kali sehingga pelajar faham akan topik yang diajarkan. Video pembelajaran ini adalah video yang direkod semasa kelas STS berlangsung dan terdapat penerangan di dalamnya sama ada dalam bentuk slide ataupun whiteboard.

 

AJL (M) Sdn Bhd (1173052-U)

AJL adalah syarikat berbentuk akademi yang memberikan informasi dan mengajarkan tentang ilmu pelaburan di dalam bidang trading. Ilmu pelaburan dalam bidang trading ini membolehkan pelabur membuat tindakan yang betul ketika hendak membuat keputusan di dalam trading. 

Website ini dimiliki dan dioperasi oleh AJL (M) Sdn Bhd. Copyright 2024. All rights reserved.